Pembelian online: Faktor yang mempengaruhi Pembeli
Posted by admin | Posted in marketing | Posted on 28-06-2009-05-2008
0
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!
Berdasarkan kajian, statistik pengguna internet di Malaysia menunjukkan terdapat 15 juta pengguna internet, satu jumlah yang amat besar. Makin ramai juga yang mula menceburi perniagaan internet dan mencuba pemasaran secara online. Tidak dinafikan, perniagaan internet mempunyai potensi yang besar kerana sesiapa saja yang menceburi perniagaan internet berpeluang mempromosikan barangan mereka kepada pengguna di seluruh dunia. Mungkin anda boleh promosikan keropok lekor kepada pengguna di jepun, siapa tahu kan.Walau pun kita boleh mempromosikan kepada ramai bakal pembeli, penting untuk kita mengetahui faktor yang mempengaruhi pembeli sama ada mereke ingin membeli secara online atau pun tidak. Ada beberapa faktor yang mempengaruhi keputusan pembeli sama ada nak membeli dari anda atau pun tidak.
Faktor mempengaruhi pembelian online #1
Penjual boleh dipercayai- Ini merupakan faktor penting kerana jika anda sebagai penjual tidak dipercayai, maka pembeli akan teragak-agak untuk membeli dari anda. Tambahan lagi terdapatnya banyak “scammers” yang menggunakan internet untuk menipu pembeli. Jadi, pembeli akan lebih berhati-hati dan hanya akan membeli dari anda jika mereka benar-benar yakin yang anda adalah penjual yang boleh dipercayai dan anda tidak akan menipu mereka.
Faktor mempengaruhi pembelian online #2
Diskaun, promosi atau mega sale-Setelah anda dipercayai oleh pembeli, beri diskaun atau offer bagi barangan yang anda jual. Biasa la. Sebagai pembeli pasti kita nak beli barang dengan harga semurah yang mungkin kan. Mungkin sebab tu jugak tiap-tiap tahun Malaysia buat jualan mega sale dan berduyun-duyun orang yang serbu. Sebenarnya diskaun atau pun tawaran harga yang murah menambahkan lagi keinginan pembeli untuk beli sesuatu barang. Kadang-kadang, dengan diskaun juga boleh buatkan orang yang tak nak beli barang pada mulanya, akan membeli sebab diskaun yang diberikan. Mungkin anda boleh buat jualan separuh harga bagi produk anda untuk menarik pembeli
Faktor mempengaruhi pembelian online #3
Mudah dan selesa-Satu lagi faktor yang mempengaruhi pembelian onlie adalah pembeli ingin mendapatkan sesuatu barangan dalam keadaan yang lebih selesa. Pembeli boleh hanya membuat belian dari rumah berbanding perlu bersesak-sesak di jalan untuk membeli belah di shopping complex. Faktor lain yang mungkin mempengaruhi pembelian adalah tiada istilah waktu operasi 9-5 dan sebagaianya. Pembeli boleh membuat belian walaupun pada jam 3.00 pagi.
Faktor mempengaruhi pembelian online #4
Mempunyai pelbagai pilihan.- Pembelian secara online membolehkan pembeli menilai danmemilih penjual yang dapat memberikan mereka harga yang murah. Sebabnya, mereka mudah untuk mendapatkan maklumat dari satu website ke satu website yang lain untuk mencari barangan yang sama dan membandingkan harga yang ditawarkan. Contohnya pembeli yang ingin membeli laptop boleh mendapatkan maklumat berkenaan harga jualan dan lain-lain dari 5-10 website dengan mudah. Jadi mereka mempunyai banyak pilihan dalam membantu mereka membuat keputusan.
Jadi, sebelum kita mempromosikan sesuatu barangan kepada pembeli dan inginkan mereke membeli, adalah penting dan membantu sekiranya kita tahu faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian secara online.
Sebabnya ianya akan memudahkan anda untuk menyusun strategi pemasaran produk anda.


