membina kepercayaan dengan autoresponder
Posted by admin | Posted in marketing | Posted on 27-04-2009-05-2008
0
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!
salam.
Pada yang telah menceburi dunia perniagaan internet, pasti tahu betapa pentingnya autoresponder dalam membina perniagaan masing-masing. Bergantung pada individu, ada yang menggunakan autoresponder berbayar dan ada juga yang menggunakan autoresponder percuma. Mungkin sebagai permulaan, autoresponder percuma boleh digunakan dalam mengumpul list.
Dalam dunia internet, dimana jualan dilakukan tanpa perlu menemui pembeli, maka adalah penting untuk membina kepercayaan pengguna. Jika anda menggunakan autoresponder dan mempunyai list bakal “pembeli” yang amat panjang, maka autoresponder boleh digunakan sebagai cara untuk membina kepercayaan pelanggan.
Bagaimana nak melakukannya? Anda boleh set kan autoresponder anda untuk menghantar emel kepada subscriber list anda. Anda boleh menghantar maklumat terkini atau mungkin hanya sekadar bertanya perkembangan terkini mereka. Walaupun anda tidak mendapat balasan dari mereka, teruskan menghantar emel kepada mereka. Secara psikologi apabila anda menghantar emel kepada mereka, membuatkan mereka berasa diri mereka dihargai dan anda ingin membantu mereka.
Jika mereka membalas emel anda, ianya adalah lebih bagus kerana anda dapat mewujudkan hubungan dua hala dengan subscriber anda. Anda akan lebih mudah membina kepercayaan mereka jika adanya hubungan dua hala ini.Selain itu, dengan menghantar emel kepada subscriber anda juga akan membuatkan mereka mengenali anda dan mula untuk menerima anda dan anda tidak lagi dianggap sebagai orang asing. Apabila anda mula diterima oleh subscriber anda, maka adalah mudah untuk anda mempromosikan produk kepada mereka.
Pada pendapat saya, pada permulaan selepas seseorang subcribe laman web anda, janganlah terus mempromosikan sesuatu barang sama ada affiliate ata apa saja produk. Sebabnya, ditakuti pengguna akan beranggapan yang anda semata-mata ingin menjual kepada mereka tanpa anda cuba memahami mereka.
Kebanyakan buku-buku tentang pemasaran ada menyatakan bahawa anda perlu menghantar emel melalui autoresponder anda beberapa kali sebelum pelanggan akan membeli dari anda. Jadi selalu-selalulah menghantar emel kepada subscriber anda dan gunakan kelebihan autoresponder dengan sebaiknya.
berjumpa lagi di post akan datang. hehehe


