sasarkan keperluan atau kumpulan sasaran
Posted by admin | Posted in my journal | Posted on 11-05-2009-05-2008
0
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!
salam
Terasa nak buat post yang “pendek” hari ni. hehe.
Soalan: Jika anda seorang penjual, anda sasarkan produk anda berdasarkan keperluan individu atau berdasarkan kumpulan sasaran?
Sebenarnya post saya ni mungkin dapat memberi idea baru kepada anda dalam memasarkan sesuatu produk. Pernah tak anda terbaca di mana-mana yang menyarankan bahawa anda boleh menghasilkan produk berdasarkan kumpulan sasaran? Contohnya produk anda dihasilkan berdasarkan kepada kumpulan guru-guru dan profesion. Sebelum ini saya ada terbaca berkenaan cara ini sehinggalah saya membaca sebuah buku sebelum ini. Bukan saya ingin mengatakan bahawa cara ini tidak bagus, cuma ingin membuka minda anda dan [saya sendiri] dan memberikan anda pilihan-pilihan yang ada.
Pendapat mengatakan bahawa jika anda menyasarkan kepada suatu kumpulan sasaran, maka adalah lebih mudah untuk anda memasarkan produk anda. Tetapi pernahkah anda memikirkan bahawa dengan cara ini juga anda telah secara tidak langsung menyempitkan ruang pasaran bagi produk anda. Pernah tak anda fikirkan yang produk anda mungkin juga boleh dipasarkan dan diperlukan oleh kumpulan-kumpulan yang lain.
Sebagai contoh, katakan anda memasarkan diari yang anda percaya sangat berguna untuk guru-guru. Anda hanya memfokuskan kepada guru semata-mata sedangkan mungkin produk anda boleh dipasarkan kepada golongan sasaran yang lain. Jika anda hanya memfokuskan pemasaran anda kepada golongan guru, anda telah secara tidak langsung mengurangkan bilangan prospek yang mungkin berminat dan memerlukan produk anda.
Dari perspektif yang lain, cuba anda sasarkan produk anda berdasarkan keperluan individu terlebih dahulu. Kemudian, mungkin anda boleh lebih fokuskan kepada kumpulan sasaran anda. Dengan cara ini, anda mempunyai pilihan dan ruang pemasaran yang lebih luas berbanding hanya satu kumpulan sasaran. Pada saya [pandangan je], cara ni bagus kerana anda menyasarkan dari kumpulan yang besar dangan jumlah prospek yang ramai seterusnya semakin mengkhusus kepada pelanggan yang lebih spesifik. Sekurangnya, ruang pemasaran anda tidak terlalu dikecilkan.
Perumpamaan saya, “umpama menjahit baju, kita boleh mengecilkan yang besar tetapi mustahil nak membesarkan yang kecil”
hahaha. Faham ke maksud saya? Maksud saya, jika produk tu khusus kepada satu kumpulan, mungkin kita tidak boleh meluaskan sasaran pasaran tetapi jika produk kita mengkhusus kepada keperluan, pasarannya amat luas kerana beberapa kumpulan yang berlainan mungkin mempunyai keperluan yang sama. Tetapi pada masa yang sama, anda boleh fokuskan lagi produk anda kepada satu kumpulan tertentu sahaja.
p.s-mungkin cara ni hanya sesuai untuk sebahagian produk tetapi tidak sesuai untuk produk yang lainnya.
harap post kali ni memberikan sedikit idea kepada anda dalam mencipta produk anda


