mendapat trafik secara percuma
Posted by admin | Posted in marketing | Posted on 26-03-2009-05-2008
0
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!
bagaimana nak mendapatkan trafik secara percuma??..
Membina blog dan website mungkin mudah. Jika anda menceburi perniagaan di internet, pastinya anda mempunyai wabsite atau blog anda. Membina wabsite atau blog adalah satu perkara dan mendapatkan trafik adalah satu perkara yang lain. Selalunya yang kedua adalah lebih sukar untuk dilakukan dan mungkin mengambil masa yang lama. Terdapat banyak cara untuk mendapatkan trafik ke website atau blog anda. Secara mudah,[pendapat saya] satu dengan cara yang cepat dan satu dengan cara yang lambat. Cara yang cepat mungkin akan memerlukan sedikit atau pun banyak wang. Cara yang lambat memerlukan wang yang sangat sedikit atau pun percuma. Jadi, sebab saya tidak lah mempunyai banyak wang, maka lebih baik saya fokuskan pada cara menjana trafik dengan percuma.
Antara cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan trafik secara percuma:-
1. Gunakan forum dan komuniti online untuk mendapatkan trafik. Terdapat banyak forum yang boleh anda pilih berdasarkan niche anda. Anda juga secara tak langsung telah mengkhususkan target pelanggan anda. anda boleh membincangkan berbagai perkara yang berkaitan dengan niche anda dan tunjukkan kepakaran anda di sini dan jadilah seorang yang dikenali di forum. Selain itu, anda boleh mula membina kepercayaan ahli-ahli forum dengan membantu dalam menyelesaikan masalah mereka. Semakin anda dipercayai, semakin tinggi peluang anda dalam memperkenalkan website/blog anda..
2. memberi newsletter. Berikan info-info dan maklumat terkini berkenaan bidang anda. Pasti ianya akan dihargai oleh pembaca jika mereka mendapat maklumat terbaru dari anda setiap hari. Jika anda telah mempunyai banyak produk, berikan maklumat-maklumat berkenaan produk anda kepada pembaca anda. Tetapi, jangan hanya jadikan newsletter anda sebagai satu alat promosi, sebaliknya jadikan newsletter anda sebagai satu sumber rujukan bagi pembaca anda. Jika newsletter anda hanya mempromosi, bimbang jika pembaca akan bersikap negatif terhadaap anda dan produk anda.
3. Link exchange juga adalah salah satu cara untuk mendapatkan trafik ke web atau blog anda. Anda boleh bertukar-tukar link dengan individu lain yang sama bidang dengan anda. Jika pembaca melawat laman web mereka, kemungkinan pembaca akan melawat web anda jika anda melakukan link exchange dengan indvidu lain. Sebab perlunya memilih dari bidang yang sama atau berkaitan adalah supaya kumpulan fokus anda mencari maklumat dari jenis yang berkaitan. Contoh, jika niche anda berkaitan kosmetik wanita, pasti tidak berkesan jika anda membuat pertukaran link dengan blog yang mempunyai niche berkenaan pertanian. Pembaca yang melawat laman web tersebut pastinya mencari maklumat berkenaan pertanian dan pastinya tidak berminat melawat blog anda yang berkaitan kosmetik.
4. Tulis artikel yang apat menarik minat orang ramai dan selitkan nama blog atau web anda. Jika pembaca merasakan artikel anda membantu mereka, pastinya mereka akan melawat laman web atau blog anda kerena berpendapat pasti lebih banyak maklumat yang akan mereka perolehi di web atau blog anda.
5. Memberi ebook/report percuma. Kebanyakan newbie selalunya agak ragu-ragu untuk membeli sesuatu ebook pada mulanya dan mencari alternatif dengan mendapatkan ebook percuma. Jadi, beri ebook atau report secara percuma. Letakkan Link atau laman web anda di setiap muka surat dan di hadapan report. Mungkin jadikan sebagai header atau pun footer. Cara ini membuatkan pembaca akan datang ke web atau blog anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.


