mengaplikasikan pemasaran pasar malam
Posted by admin | Posted in my journal | Posted on 17-04-2009-05-2008
0
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!
salam dan selamat sejahtera.
dah lama tak berjalan ke pasar malam. Tadi saya sempat “melawat” pasar malam berhampiran rumah saya. Tiba-tiba saya rasa tertarik dengan cara pemasaran di pasar malam yang saya rasa boleh diaplikasikan dalam mana-mana pasaran pun sama ada online atau offline. Teknik ni selalu di applikasikan dan saya rasa ianya mudah dan dapat memotivasikan penggunan untuk membeli lebih barang.
Jika anda perhatikan dan “perasan”, peniaga-peniaga di pasar malam akan memberikan harga yang semakin murah jika anda membeli dalam kuantiti yang banyak. Secara psikologinya, pelanggan akan tergerak untuk membeli dengan kuantiti lebih banyak jika mereka mendapati harganya lebih murah. Mereka juga berasa adalah lebih menguntungkan mereka jika mereka membeli sesuatu barangan dengan kuantiti yang banyak berbanding membelinya secara berasingan.
Bagaimana kita nak mengaplikasikan teknik pemasaran pasar malam ni dalam perniagaan online.?
Jika anda mempunyai pelbagai jenis produk, anda boleh menawarkan separuh harga jika pengguna ingin membeli produk anda yang lain. Sebaiknya, produk seterusnya yang anda tawarkan kepada pengguna haruslah berkaitan dengan produk yang anda mula-mula jual. Atau jika anda ingin menggunakan faktor psikologi, anda boleh senaraikan produk anda secara individu dengan harga bagi setiap produk. Dengan cara ini pengguna dapat membandingkan harga jika mereka membeli produk secara berasingan dan jika membeli secara pakej. Kemudian letakkan tawaran jika pengguna membeli beberapa produk anda sekaligus atau secara pakej, mereka hanya perlu membayar harga yang lebih murah dan lebih rendah berbanding jika mereka membeli setiap barang secara berasingan.
Dengan cara ini, saya rasa pengguna akan lebih berminat untuk membeli lebih dari satu produk kerana pengguna merasakan mereka akan rugi jika membeli hanya satu produk sahaja. Sebaliknya, jika membeli secara pakej, mereka dapat menjimatkan separuh atau lebih dari harga asal barang tersebut.
p.s- pendapat saya, secara psikologi, kita akan membeli jika kita mendapati harga sesuatu produk adalah lebih murah dari biasa. atau pun, ianya akan membuatkan pengguna terfikir beberapa kali kerugian yang mungkin mereka alami jika tidak membeli.


