Pembelian online: Faktor yang mempengaruhi Pembeli

Posted by admin | Posted in marketing | Posted on 28-06-2009-05-2008

0

If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!

Berdasarkan kajian, statistik pengguna internet di Malaysia menunjukkan terdapat 15 juta pengguna internet, satu jumlah yang amat besar. Makin ramai juga yang mula menceburi perniagaan internet dan mencuba pemasaran secara online. Tidak dinafikan, perniagaan internet mempunyai potensi yang besar kerana sesiapa saja yang menceburi perniagaan internet berpeluang mempromosikan barangan mereka kepada pengguna di seluruh dunia. Mungkin anda boleh promosikan keropok lekor kepada pengguna di jepun, siapa tahu kan.Walau pun kita boleh mempromosikan kepada ramai bakal pembeli, penting untuk kita mengetahui faktor yang mempengaruhi pembeli sama ada mereke ingin membeli secara online atau pun tidak. Ada beberapa faktor yang mempengaruhi keputusan pembeli sama ada nak membeli dari anda atau pun tidak.

Faktor mempengaruhi pembelian online #1

Penjual boleh dipercayai- Ini merupakan faktor penting kerana jika anda sebagai penjual tidak dipercayai, maka pembeli akan teragak-agak untuk membeli dari anda. Tambahan lagi terdapatnya banyak “scammers” yang menggunakan internet untuk menipu pembeli. Jadi, pembeli akan lebih berhati-hati dan hanya akan membeli dari anda jika mereka benar-benar yakin yang anda adalah penjual yang boleh dipercayai dan anda tidak akan menipu mereka.

Faktor mempengaruhi pembelian online #2

Diskaun, promosi atau mega sale-Setelah anda dipercayai oleh pembeli, beri diskaun atau offer bagi barangan yang anda jual. Biasa la. Sebagai pembeli pasti kita nak beli barang dengan harga semurah yang mungkin kan. Mungkin sebab tu jugak tiap-tiap tahun Malaysia buat jualan mega sale dan berduyun-duyun orang yang serbu. Sebenarnya diskaun atau pun tawaran harga yang murah menambahkan lagi keinginan pembeli untuk beli sesuatu barang. Kadang-kadang, dengan diskaun juga boleh buatkan orang yang tak nak beli barang pada mulanya, akan membeli sebab diskaun yang diberikan. Mungkin anda boleh buat jualan separuh harga bagi produk anda untuk menarik pembeli

Faktor mempengaruhi pembelian online #3

Mudah dan selesa-Satu lagi faktor yang mempengaruhi pembelian onlie adalah pembeli ingin mendapatkan sesuatu barangan dalam keadaan yang lebih selesa. Pembeli boleh hanya membuat belian dari rumah berbanding perlu bersesak-sesak di jalan untuk membeli belah di shopping complex. Faktor lain yang mungkin mempengaruhi pembelian adalah tiada istilah waktu operasi 9-5 dan sebagaianya. Pembeli boleh membuat belian walaupun pada jam 3.00 pagi.

Faktor mempengaruhi pembelian online #4

Mempunyai pelbagai pilihan.- Pembelian secara online membolehkan pembeli menilai danmemilih penjual yang dapat memberikan mereka harga yang murah. Sebabnya, mereka mudah untuk mendapatkan maklumat dari satu website ke satu website yang lain untuk mencari barangan yang sama dan membandingkan harga yang ditawarkan. Contohnya pembeli yang ingin membeli laptop boleh mendapatkan maklumat berkenaan harga jualan dan lain-lain dari 5-10 website dengan mudah. Jadi mereka mempunyai banyak pilihan dalam membantu mereka membuat keputusan.

Jadi, sebelum kita mempromosikan sesuatu barangan kepada pembeli dan inginkan mereke membeli, adalah penting dan membantu sekiranya kita tahu faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian secara online.
Sebabnya ianya akan memudahkan anda untuk menyusun strategi pemasaran produk anda.

Share This Post

Share/Save/Bookmark

motivasi pembeli-rahsia kupon diskaun

Posted by admin | Posted in marketing | Posted on 01-06-2009-05-2008

0

salam dan selamat sejahtera semua. Bersawang lagi nampaknya blog ni. hahaha

Anda pernah dapat kupon diskaun tak? Sebenarnya saya rasakan kupon diskaun ni dapat memotivasikan pembeli untuk membeli sesuatu barang. Sebabnya, pembeli akan berasa rugi kalau tak gunakan kupon diskaun yang diterima tu. Sekarang ni, kalau anda perasan kfc sedang buat promosi dengan cara kupon diskaun ni. Anda akan terima kupon diskaun ni bila anda isi minyak. Read the rest of this entry »

Share This Post

Share/Save/Bookmark

membina kepercayaan dengan autoresponder

Posted by admin | Posted in marketing | Posted on 27-04-2009-05-2008

0

salam.

Pada yang telah menceburi dunia perniagaan internet, pasti tahu betapa pentingnya autoresponder dalam membina perniagaan masing-masing. Bergantung pada individu, ada yang menggunakan autoresponder berbayar dan ada juga yang menggunakan autoresponder percuma. Mungkin sebagai permulaan, autoresponder percuma boleh digunakan dalam mengumpul list.

Dalam dunia internet, dimana jualan dilakukan tanpa perlu menemui pembeli, maka adalah penting untuk membina kepercayaan pengguna. Jika anda menggunakan autoresponder dan mempunyai list bakal “pembeli” yang amat panjang, maka autoresponder boleh digunakan sebagai cara untuk membina kepercayaan pelanggan.

Bagaimana nak melakukannya? Anda boleh set kan autoresponder anda untuk menghantar emel kepada subscriber list anda. Anda boleh menghantar maklumat terkini atau mungkin hanya sekadar bertanya perkembangan terkini mereka. Walaupun anda tidak mendapat balasan dari mereka, teruskan menghantar emel kepada mereka. Secara psikologi apabila anda menghantar emel kepada mereka, membuatkan mereka berasa diri mereka dihargai dan anda ingin membantu mereka. Read the rest of this entry »

Share This Post

Share/Save/Bookmark

menjadi yang pertama di fikiran pengguna

Posted by admin | Posted in marketing | Posted on 11-04-2009-05-2008

0

salam dan selamat sejahtera.

Kali ini saya nak buat post berkenaan kelebihan menjadi yang pertama dalam bidang atau niche anda. Seperti kata Dr Irfan Khairi dalam bukunya Rahsia Jutawan Internet Terbongkar adalah penting untuk menjadi yang pertama dan memasuki fikiran pengguna.

Saya sangat bersetuju kerana jika anda mampu menjadi yang pertama dalam bidang anda, maka kedudukan anda dalam niche atau bidang anda pastinya akan kukuh dan sukar digugat. anda akan dikenali sebagai pelopor dalam bidang anda dan pastinya pengguna akan cenderung untuk memilih jenama anda walaupun terdapat pelbagai lagi jenama lain. Read the rest of this entry »

Share This Post

Share/Save/Bookmark

menjadi lain dari yang lain

Posted by admin | Posted in marketing | Posted on 05-04-2009-05-2008

0

salam dan selamat sejahtera semua.

Agak lama juga tak menulis kat blog nih. Sibuk sket ngan kerja.

Jadi hari ni saya rasa nak menulis tentang pentingnya mencipta kelainan dalam perniagaan anda atau niche yang anda pilih. Post saya hari ni saya fokuskan kepada bidang yang diceburi ramai orang. Kenapa perlunya kelainan dalam memasarkan produk atau jenama atau perniagaan anda. Dalam kebanyakan report dan ebook dan buku-buku yang saya baca, ianya dikenali sebagai unique selling proposition “USP”. Pada saya, lebih mudah jika dianggap menjadi sesuatu yang berbeza dalam kumpulan yang sama. erk… cam confuse lak kan.

Ok lah. Kita ambil perniagaan kedai runcit sebagai contoh. Dalam satu kawasan ada 10 kedai runcit yang menjual barangan yang lebih kurang sama. Pada pendapat anda, jika anda memulakan perniagaan runcit yang sama, adakah mudah pelanggan akan mengingati kedai dan kedai anda akan menjadi tumpuan di antara kedai-kedai yang lain. Mungkin ada yang akan datang dan mengetahui tentang kedai anda secara kebetulan. Pelanggan juga susah nak mengingati kedai anda kerana ianya “sama” saja dengan kedai runcit yang lain.

Pada saya, di sinilah pentingnya untuk menjadi berbeza atau pun mencipta kelainan walaupun anda menceburi bidang yang telah diceburi oleh ramai orang. Anda boleh cari dan cipta satu kelainan yang akan membuatkan pengguna atau pembeli menginati kedai anda kerana kelainan anda. Kelainan yang boleh menjadi trademark anda dan membezakan anda dari kedai-kedai yang lain.

Kita ambil contoh kedai runcit tadi, jika anda baru menceburi bidang tersebut pastinya sukar untuk anda menonjol dalam perniagaan tambahan lagi jika terdapat banyak saingan dan ramai penjual menceburi bidang yang sama. Tapi jika ada satu kelainan yang membezakan kedai anda dengan kedai-kedai yang lain, pelanggan akan datang membeli dari anda. Mungkin anda boleh mencipta kelainan dengan mengadakan cabutan bertuah setiap bulan atau pun mungkin kedai anda menerima tempahan melalui telefon dari pembeli tanpa pembeli perlu datang ke kedai anda. Cipta apa saja kelainan yang dapat membezakan anda dari perniagaan yang lain dan dapat menonjolkan diri anda.

Mungkin kedai anda akan dikenali sebagai kedai cabutan bertuah atau “kedai tempahan secara telefon” yang menjadikan anda lain dari yang lain berbanding kedai biasa. Saya teringat masa saya bersekolah dahulu ada sebuah kedai runcit yang menjual barangan pada harga yang murah berbanding kedai-kedai yang lain. selalu saya dengar dari cakap-cakap orang katanya kalau nak beli barang pergi la kedai xx tu. Harga dia murah. Anda nampak kedai xx telah mencipta kelainan dan kelainan yang dibuat dengan menjual baranag dengan harga murah. Kedai xx juga terus dikenali dengan kedai harga murah dan mennjol berbanding kedai-kedai yang lain.

Jadi, cari apasaja kelainan yang boleh untuk anda membezakan perniagaan anda dari beribu perniagaan yang lain.

p.s / boleh guna kat apa jenis perniagaan pun. hehehe

Share This Post

Share/Save/Bookmark

mendapat trafik secara percuma

Posted by admin | Posted in marketing | Posted on 26-03-2009-05-2008

0

bagaimana nak mendapatkan trafik secara percuma??..

Membina blog dan website mungkin mudah. Jika anda menceburi perniagaan di internet, pastinya anda mempunyai wabsite atau blog anda. Membina wabsite atau blog adalah satu perkara dan mendapatkan trafik adalah satu perkara yang lain. Selalunya yang kedua adalah lebih sukar untuk dilakukan dan mungkin mengambil masa yang lama. Terdapat banyak cara untuk mendapatkan trafik ke website atau blog anda. Secara mudah,[pendapat saya] satu dengan cara yang cepat dan satu dengan cara yang lambat. Cara yang cepat mungkin akan memerlukan sedikit atau pun banyak wang. Cara yang lambat memerlukan wang yang sangat sedikit atau pun percuma. Jadi, sebab saya tidak lah mempunyai banyak wang, maka lebih baik saya fokuskan pada cara menjana trafik dengan percuma.

Antara cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan trafik secara percuma:- Read the rest of this entry »

Share This Post

Share/Save/Bookmark

sales letter berkesan?

Posted by admin | Posted in marketing | Posted on 23-03-2009-05-2008

0

salam dan selamat sejahtera.

Hari ni terasa nak menulis pasal sales letter. Maklumat ni berdasarkan becaan-bacaan saya. Mungkin dapat berkongsi dan menambahkan sedikit ilmu

Semua tahu sales letter penting untuk membuatkan pembeli membeli sesuatu produk. Walaupun sesuatu produk itu amat bagus, tetapi jika sales letter yang dibuat tidak menarik minat pembaca, pastinya produk tersebut tidak akan dibeli. Jadi, apa yang perlu ada dalam sales letter sebenarnya?

Berdasarkan pemerhatian saya, ciri-ciri berikut perlu dalam sales letter.

1. Tumpuan pada kumpulan khusus.
Seperti juga niche, sales letter juga memerlukan pengkhususan. Jadi ianya bergantung pada produk yang ingin dipromosikan di mana produk anda akan menentukan kumpulan khusus anda. Jika anda menjual kosmetik, maka sales letter anda akan lebih mengkhusus kepada wanita. Read the rest of this entry »

Share This Post

Share/Save/Bookmark

strategi pengiklanan di akhbar…..

Posted by admin | Posted in marketing | Posted on 21-03-2009-05-2008

0

salam dan selamat sejahtera.

Sebenarnya saya terasa nak menulis pasal pengiklanan di akhbar setelah saya reply satu thread di forum. Apa yang saya tulis adalah pandangan saya dan sedikit kajian yang dibuat.

Semua maklum pengiklanan di akhbar memain peranan penting dalam mempromosikan produk atau barangan. Jika kita lihat di bahagian iklaneka, terdapat banyak sekali iklan yang boleh dilihat. jadi bagaimana nak menjadikan pengiklanan di akhbar yang dilakukan berkesan dan berbaloi. Ini adalah tip-tip yang mungkin boleh dikongsi dan digunakan dalam membuat pengiklanan di akhbar. Read the rest of this entry »

Share This Post

Share/Save/Bookmark

after sales service… penting ker?

Posted by admin | Posted in marketing | Posted on 18-03-2009-05-2008

0

salam.

Hari ni saya nak menulis pasal khidmat selepas jualan. Panting ker tak penting khidmat selepas jualan nie? Sebenarnya saya percaya yang khidmat selepas jualan ni boleh dijadikan sebagai satu kaedah untuk kita membina hubungan dengan pelanggan. Ianya lebih bagus membina hubungan dengan pelanggan sedia ada dari cuba mencari pelanggan baru. Lagi pun dengan memberikan khidmat selepas jualan yang bagus, anda secara tak langsung akan membina kepercayaan di kalangan pembeli. Pada saya, pelanggan yang berpuas hati dengan apa yang kita jual pasti akan datang membeli semula.

Bagaimana khidmat selepas jualan dapat membantu? Read the rest of this entry »

Share This Post

Share/Save/Bookmark

antara opt-in dan sales letter

Posted by admin | Posted in marketing | Posted on 14-03-2009-05-2008

0

salam dan selamat sejahtera.

Dalam perniagaan internet pastinya seseorang memerlukan mailing list yang banyak untuk berjaya. Bagi newbie pastinya amat penting untuk membina mailing list. Lagi banyak mailing list lagi banyak peluang nak dapat duit. tak gitu kan.

Selalunya, Usahawan Internet akan memberikan freebies untuk mendapatkan mailing list. Memang diakui cara ni amat-amat berkesan untuk menarik minat pelawat/pembaca untuk download apa saja yang diberikan secara percuma. Siapa yang tak nak benda percuma kan. Jadi ana akan dapat membina banyak mailing list dengan cara ini. Tapi, boleh tak kita bina mailing list kita dengan menggunakan sales letter??… Read the rest of this entry »

Share This Post

Share/Save/Bookmark

© 2009-2010 my e-biz journal All Rights Reserved -- Copyright notice by Blog Copyright

chuck mangione king of the hill
Panda Platinium Por Hacker dJ Marshal crack
Adobe After Effects MAC crack
Borland Kylix crack
1 Click Unzip crack
OfficeXP Pro working crack
MAPSOURCE CITY NAVIGATOR all