viral marketing

Posted by admin | Posted in my journal | Posted on 15-06-2009-05-2008

0

If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!

salam,

Berabuk dan bersawang dah blog nih. Kena ngemas kejap la nih. hahaha. lama betul tak masuk blog nih. Time cuti sekolah ni biasa la banyak kenduri kendara. Tak sempat nak menulih kat blog.

ok la kali ni buat post sket.

Viral marketing!

Rasanya pasti ramai yang tau ape benda viral marketing nih. Dari apa yang saya faham la, viral marketing nih boleh diumpamakan sebagai orang yang “bawak mulut”. Teringat cerita anak mami cerita cepat je tersebar bila mami “bawak mulut” dan bercerita sana sini. Konsep viral marketing pun lebih kurang sama cuma yang berbeza mungkin cara applikasi. Contohnya jika ada IM yang keluarkan ebook dan diedarkan secara percuma. Sesiapa saja yang download ebook tu boleh forwardkan kepada member-member dan kitaran tu terus berlaku. Masing -masing akan bagi pada orang lain dan ebook pun tersebar dengan luas.

Tapi, kadang-kadang kurang berkesan juga walaupun benda tu diberi percuma jer. Mungkin ada yang akan maklumkan kawan-kawan, makcik-makcik pasal ebook anda yang diberikan secara percuma. Tapi kurang berkesan atau pun lambat sesangat prosuk tu disebarkan. Jadi apa faktor utama yang dapat menggalakkan orang-orang kampung ramai untuk menyebarkan produk anda kepada rakan-rakan, makcik-makcik dan sedara mara mereka.

Pada pendapat saya, faktor utama nak menggalakkan penyebaran produk percuma anda adalah DUIT. Jika anda perhatikan, makin ramai IM yang memberikan insentif kepada orang-orang yang sebarkan produk kepada orang lain. Contohnya, jika mereka sebarkan kepada seorang mereka akan dapat RM0.45. Jadi baru la bersemangat sikit orang-orang kampung nak tolong sebarkan. Dapat duit la katakan. Sapa yang tak nak. kalau anda sendiri pun pasti anda buat tak kisah sangat nak sebarkan ebook tu kalau tak de insentif kan.

Viral marketing memang satu cara yang berkesan untuk memperkenalkan anda dan produk atau khidmat anda di internet. Cuma mungkin ada setengahnya yang kurang berjaya mengaplikasikan viral marketing berbanding setengah yang lain.Pendapat saya, jika menggunakan DUIT, penyebaran produk anda adalah lebih luas dalam masa yang singkat berbanding mengambil masa yang lama jika anda tidak menyediakan apa-apa insentif.

Umpamakan viral marketing + DUIT seperti menaiki kereta ferrari, dapat melalui kawasan yang jauh dengan masa yang cepat (cepat tersebar + ramai orang)- 10000 dalam masa 1 bulan

Viral marketing ( x de duit) seperti menaiki motor kapcai. mungkin mengambil masa yang lama untuk mencapai sasaran (lambat tersebar)-10000 dalam masa 6 bulan

Hahaha. ape contoh aku bagi nih. hentam je la. Karam sing melaporkan…….

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Rahsia free report/ebook

Posted by admin | Posted in my journal | Posted on 22-05-2009-05-2008

0

Salam,

Free report. Apa kelebihannya?

Jika anda perhatikan, terdapat banyak ebook atau report percuma yang anda boleh perolehi secara percuma di internet khusunya berkenaan perniagaan internet. Mungkin anda terfikir, apa kelebihan report atau ebook percuma nie. Apa yang penulis dapat jika bagi free ebook atau report.

Sebenarnya, dan selalunya penulis-penulis atau usahawan-usahawan internet akan keluarkan free report untuk mendapatkan list nama bakal pelanggan. Pasti anda pernah memberikan nama dan email anda apabila anda ingin download report atau ebook percuma kan. Jadi, penulis-penulis yang mengeluarkan report atau ebook percuma ni dah pun mencapai salah satu tujuan mereka. Lagi satu kelebihan report atau ebook percuma ni, ianya akan sepanjang masa boleh di download oleh sesiapa saja. Maka senarai pelanggan juga semakin bertambah dari semasa ke semasa. Bagi usahawan internet, duit ada di celah-celah list nama. hehehe. Mudahnya, lagi banyak list, lagi tinggi kemungkinan untuk mereka membeli sesuatu produk yang anda promosikan. Read the rest of this entry »

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Mencari ringgit pertama

Posted by admin | Posted in my journal | Posted on 18-05-2009-05-2008

0

salam semua.

Tengah blur sikit sekarang nih. hahaa. Tapi terasa nak jugak “merapu” kat sini. Sekarang ni ramai orang yang menceburi bidang perniagaan internet ni. Selalu jugak kita dengar dan baca statistik-statistik yang mengatakan lebih 90% dari ramai orang yang menceburi bidang ini akan gagal dalam beberapa tahun pertama mereka. Masti semua semua orang tak nak terjadi macam tu dan masing-masing nak buat duit secara online.

Mula-mula menceburi bidang ni, pasti ramai yang “terserempak” dengan iklan-iklan yang mengatakan duduk rumah goyang kaki, dan duit masuk ribu-riban kalau menceburi perniagaan internet atau apa-apa program buat duit online. Pada saya, jika anda pernah jumpa iklan-iklan macam tu, baik selidik dengan mendalam jika anda nak join. Read the rest of this entry »

Share This Post

Share/Save/Bookmark

sasarkan keperluan atau kumpulan sasaran

Posted by admin | Posted in my journal | Posted on 11-05-2009-05-2008

0

salam

Terasa nak buat post yang “pendek” hari ni. hehe.
Soalan: Jika anda seorang penjual, anda sasarkan produk anda berdasarkan keperluan individu atau berdasarkan kumpulan sasaran?

Sebenarnya post saya ni mungkin dapat memberi idea baru kepada anda dalam memasarkan sesuatu produk. Pernah tak anda terbaca di mana-mana yang menyarankan bahawa anda boleh menghasilkan produk berdasarkan kumpulan sasaran? Contohnya produk anda dihasilkan berdasarkan kepada kumpulan guru-guru dan profesion. Sebelum ini saya ada terbaca berkenaan cara ini sehinggalah saya membaca sebuah buku sebelum ini. Bukan saya ingin mengatakan bahawa cara ini tidak bagus, cuma ingin membuka minda anda dan [saya sendiri] dan memberikan anda pilihan-pilihan yang ada.

Pendapat mengatakan bahawa jika anda menyasarkan kepada suatu kumpulan sasaran, maka adalah lebih mudah untuk anda memasarkan produk anda. Tetapi pernahkah anda memikirkan bahawa dengan cara ini juga anda telah secara tidak langsung menyempitkan ruang pasaran bagi produk anda. Pernah tak anda fikirkan yang produk anda mungkin juga boleh dipasarkan dan diperlukan oleh kumpulan-kumpulan yang lain. Read the rest of this entry »

Share This Post

Share/Save/Bookmark

pembeli : antara logik dan emosi

Posted by admin | Posted in my journal | Posted on 07-05-2009-05-2008

0

salam.

Agak lama juga tak buat apa-apa post baru. Dah bersawang nampaknya blog ni.hehehe

Ok la. Hari ni nak bercerita sikit sebab atau alasan pembeli membeli. Sebab apa perlu kita atau sebab pembeli membeli? Pada saya, jika kita mengenali pembeli dan mengetahui sebab pembeli membeli sesuatu barang, maka mudah untuk kita menysun strategi pemasaran dalam memasarkan produk kita.

Pernah tak anda cuba mengkaji sebab pembeli membeli sesuatu barang? Contohnya, mengapa pembeli membeli motosikal yang berharga RM150,000.00 berbanding motosikal yang harganya hanya RM4,000.00 sedangkan keduanya mempunyai kegunaan yang sama. Apa kurangnya motosikal murah berbanding motosikal yang mahal.

Jika kita bertanya kepada pembeli, selalunya akan ada alasan kenapa mereka membeli barang yang mahal berbanding barangan yang murah. Mugkin anda pernah mendengar alasan seperti “barangan ni kualiti dia lagi tinggi”, “barang ni tahan lama” dan berbagai lagi alasan untuk menjustifikasi pembelian mereka. Selalunya alasan yang diberikan berdasarkan logik. Read the rest of this entry »

Share This Post

Share/Save/Bookmark

mengaplikasikan pemasaran pasar malam

Posted by admin | Posted in my journal | Posted on 17-04-2009-05-2008

0

salam dan selamat sejahtera.

dah lama tak berjalan ke pasar malam. Tadi saya sempat “melawat” pasar malam berhampiran rumah saya. Tiba-tiba saya rasa tertarik dengan cara pemasaran di pasar malam yang saya rasa boleh diaplikasikan dalam mana-mana pasaran pun sama ada online atau offline. Teknik ni selalu di applikasikan dan saya rasa ianya mudah dan dapat memotivasikan penggunan untuk membeli lebih barang.

Jika anda perhatikan dan “perasan”, peniaga-peniaga di pasar malam akan memberikan harga yang semakin murah jika anda membeli dalam kuantiti yang banyak. Secara psikologinya, pelanggan akan tergerak untuk membeli dengan kuantiti lebih banyak jika mereka mendapati harganya lebih murah. Mereka juga berasa adalah lebih menguntungkan mereka jika mereka membeli sesuatu barangan dengan kuantiti yang banyak berbanding membelinya secara berasingan.

Bagaimana kita nak mengaplikasikan teknik pemasaran pasar malam ni dalam perniagaan online.? Read the rest of this entry »

Share This Post

Share/Save/Bookmark

perbankan online dan bisnes internet

Posted by admin | Posted in my journal | Posted on 31-03-2009-05-2008

1

salam dan selamat sejahtera.

Lama gak tak buat post rupanya. hehe. Internet problem je memanjang.

Hari ni nak cerita sikit pasal perbankan online dan perlunya perbankan online ni dalam bisnes internet. Kalau anda menjalankan bisnes online, memiliki akaun perbankan online amat-amat memudahkan dan membantu perniagaan anda. Trend sekarang, kita sentiasa sibuk dengan urusan harian hingga tidak mempunyai masa untuk berurusan di bank. Yer la kan. Keja masuk kul 9.00 bank belum buka lagi. Balik kerja kul 6.00 bank dah tutup. Jadi masalah jugak tue. Masa mana nak pergi berurusan di bank. Kalau ada pun pergi bank hanya nak keluarkan duit dari atm.

Sebab perlunya perbankan online adalah keselesaan dan pengguna tak perlu beratur panjang dan menunggu. Yang palin penting saya rasa adalah sebab perbankan online menyediakan perkhidmatan bila-bila masa jer. 24/7 kata orang. Di malaysia pun dah banyak bank menyediakan perbankan online ni macam Maybank2u.com ngan cimb dan lain-lain.

kelebihan perbankan online kepada Usahawan Internet Read the rest of this entry »

Share This Post

Share/Save/Bookmark

cara mudah dapat duit……

Posted by admin | Posted in my journal | Posted on 26-03-2009-05-2008

0

salam dan selamat sejahtera semua.

Ish… nak cakap ke tak cakap nih. nak bagitau ke tak nih….tak pe lah caap jer lah.

drum please……

http://rajakamil.biz/bisnes-online/cabaran-rkb-macapril-2009-komen-terbanyak/133#comment-477

sebelum anda baca seterusnya, mungkin ada baiknya anda check link di atas terlebih dahulu. Dapatkan sedikit idea post ni berkenaan apa.

Cara ini memang sangat-sangat mudah untuk dapat duit. apa yang boleh anda dapat???

1. Anda boleh dapat duit percuma. Yang paling penting, tak perlu keluarkan modal. Ye… betul. Saya tak silap taip. Anda tak perlu keluarkan modal pun sebenarnya.
2. Anda akan dapat ebook percuma. ebook aper?? Ebook Rahsia………

Kalau nak tahu, baik cepat check link di atas. Jangan lepaskan peluang sebab program ni akan tamat pada 30 April 2009. Kalau lambat, takut melepas.

Ok la, saya bagi klu atau hint sket. Anda hanya perlu komen sebanyak-banyaknya kemudian dapat duit. tapi tertakluk pada syarat yek. Bukan syarat menipu tau. Nak tau apa syarat-syarat tu, check link yang saya bagi tue.

p.s : saya tak boleh bagitau lebih-lebih, nanti tak saspen.

jadi… CHECK IT OUT

Share This Post

Share/Save/Bookmark

buku baru

Posted by admin | Posted in my journal | Posted on 27-02-2009-05-2008

0

SALAM.

Nampaknya seringgitcuma terpaksa dirombak akibat beberapa kesilapan yang saya lakukan dan terpaksa memulakannya semula. Silapnya sebab melakukan eksperimen menggunakan blog ni kemudiannya stuck. Data-data juga saya tak back up. Walaupun hosting provider ada buat backup, tetapi rasanya saya nak mulakan semula blog ni. Bermula dari kosong semula. Macam susah lak nak buat semula. Tapi itu semua tak menjadi masalah. Boleh diusahakan.

Nampaknya kalau nak buat eksperimen lagi lepas ni, kena dapatkan lagi satu domain ngan hosting la. Kalau problem pun tak kisah dan tak sedih sangat data hilang.
Saya akan cuba untuk tulis semula post-post yang lepas. banyak juga kerja nak dibuat tue. Tapi saya akan cuba juga untuk menulis semula. Mungkin penulisan berbeza tapi asalkan sedikit maklumat yang saya ada dapat disampaikan kepada orang lain.

Lagi pun kan ilmu tu kalau dikongsikan akan lebih berguna dan akan lebih mudah kita fahami dan ingati. Betul tak.

-minda seringgitcuma-

Share This Post

Share/Save/Bookmark

© 2009-2010 my e-biz journal All Rights Reserved -- Copyright notice by Blog Copyright

chuck mangione king of the hill
Panda Platinium Por Hacker dJ Marshal crack
Adobe After Effects MAC crack
Borland Kylix crack
1 Click Unzip crack
OfficeXP Pro working crack
MAPSOURCE CITY NAVIGATOR all