Posted by admin | Posted in marketing | Posted on 27-04-2009-05-2008
0
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!
salam.
Pada yang telah menceburi dunia perniagaan internet, pasti tahu betapa pentingnya autoresponder dalam membina perniagaan masing-masing. Bergantung pada individu, ada yang menggunakan autoresponder berbayar dan ada juga yang menggunakan autoresponder percuma. Mungkin sebagai permulaan, autoresponder percuma boleh digunakan dalam mengumpul list.
Dalam dunia internet, dimana jualan dilakukan tanpa perlu menemui pembeli, maka adalah penting untuk membina kepercayaan pengguna. Jika anda menggunakan autoresponder dan mempunyai list bakal “pembeli” yang amat panjang, maka autoresponder boleh digunakan sebagai cara untuk membina kepercayaan pelanggan.
Bagaimana nak melakukannya? Anda boleh set kan autoresponder anda untuk menghantar emel kepada subscriber list anda. Anda boleh menghantar maklumat terkini atau mungkin hanya sekadar bertanya perkembangan terkini mereka. Walaupun anda tidak mendapat balasan dari mereka, teruskan menghantar emel kepada mereka. Secara psikologi apabila anda menghantar emel kepada mereka, membuatkan mereka berasa diri mereka dihargai dan anda ingin membantu mereka. Read the rest of this entry »

Posted by admin | Posted in motivasi | Posted on 21-04-2009-05-2008
0
salam dan selamat sejahtera.
Hari ini rasa cam nak tulis sesuatu yang memotivasikan sikit. hehehe. Ok la. Pada sesiapa yang menceburi perniagaan internet atau ingin menjadi internet marketer, pastinya berharap akan mendapat pulangan dengan cepat. Betul tak?
Dan selalu juga terjadi kita akan selalu beralih arah ke bidang-bidang lain yang memungkinkan kita mudah mendapatkan sedikit duit. Anda pernah mengalaminya? Saya pernah dan kadang-kadang masih lagi memahaminya. Bila kita dengar adsense boleh menjana pendapatan, kita mula melakukan adsense. Belum pun habis meneroka adsense, kita melompat pula pada affiliate dan juga program-program lain. Akhirnya, tidak satu pun program yang betul-betul berhasil untuk kita. Sebenarnya tidak salah jika anda cuba banyak program jika anda mampu melakukannya. Jika tidak mampu, mungkin lebih baik jika tumpukan dulu pada satu bidang sebelum beralih kepada bidang yang lain. Read the rest of this entry »

Posted by admin | Posted in my journal | Posted on 17-04-2009-05-2008
0
salam dan selamat sejahtera.
dah lama tak berjalan ke pasar malam. Tadi saya sempat “melawat” pasar malam berhampiran rumah saya. Tiba-tiba saya rasa tertarik dengan cara pemasaran di pasar malam yang saya rasa boleh diaplikasikan dalam mana-mana pasaran pun sama ada online atau offline. Teknik ni selalu di applikasikan dan saya rasa ianya mudah dan dapat memotivasikan penggunan untuk membeli lebih barang.
Jika anda perhatikan dan “perasan”, peniaga-peniaga di pasar malam akan memberikan harga yang semakin murah jika anda membeli dalam kuantiti yang banyak. Secara psikologinya, pelanggan akan tergerak untuk membeli dengan kuantiti lebih banyak jika mereka mendapati harganya lebih murah. Mereka juga berasa adalah lebih menguntungkan mereka jika mereka membeli sesuatu barangan dengan kuantiti yang banyak berbanding membelinya secara berasingan.
Bagaimana kita nak mengaplikasikan teknik pemasaran pasar malam ni dalam perniagaan online.? Read the rest of this entry »

Posted by admin | Posted in marketing | Posted on 11-04-2009-05-2008
0
salam dan selamat sejahtera.
Kali ini saya nak buat post berkenaan kelebihan menjadi yang pertama dalam bidang atau niche anda. Seperti kata Dr Irfan Khairi dalam bukunya Rahsia Jutawan Internet Terbongkar adalah penting untuk menjadi yang pertama dan memasuki fikiran pengguna.
Saya sangat bersetuju kerana jika anda mampu menjadi yang pertama dalam bidang anda, maka kedudukan anda dalam niche atau bidang anda pastinya akan kukuh dan sukar digugat. anda akan dikenali sebagai pelopor dalam bidang anda dan pastinya pengguna akan cenderung untuk memilih jenama anda walaupun terdapat pelbagai lagi jenama lain. Read the rest of this entry »

Posted by admin | Posted in marketing | Posted on 05-04-2009-05-2008
0
salam dan selamat sejahtera semua.
Agak lama juga tak menulis kat blog nih. Sibuk sket ngan kerja.
Jadi hari ni saya rasa nak menulis tentang pentingnya mencipta kelainan dalam perniagaan anda atau niche yang anda pilih. Post saya hari ni saya fokuskan kepada bidang yang diceburi ramai orang. Kenapa perlunya kelainan dalam memasarkan produk atau jenama atau perniagaan anda. Dalam kebanyakan report dan ebook dan buku-buku yang saya baca, ianya dikenali sebagai unique selling proposition “USP”. Pada saya, lebih mudah jika dianggap menjadi sesuatu yang berbeza dalam kumpulan yang sama. erk… cam confuse lak kan.
Ok lah. Kita ambil perniagaan kedai runcit sebagai contoh. Dalam satu kawasan ada 10 kedai runcit yang menjual barangan yang lebih kurang sama. Pada pendapat anda, jika anda memulakan perniagaan runcit yang sama, adakah mudah pelanggan akan mengingati kedai dan kedai anda akan menjadi tumpuan di antara kedai-kedai yang lain. Mungkin ada yang akan datang dan mengetahui tentang kedai anda secara kebetulan. Pelanggan juga susah nak mengingati kedai anda kerana ianya “sama” saja dengan kedai runcit yang lain.
Pada saya, di sinilah pentingnya untuk menjadi berbeza atau pun mencipta kelainan walaupun anda menceburi bidang yang telah diceburi oleh ramai orang. Anda boleh cari dan cipta satu kelainan yang akan membuatkan pengguna atau pembeli menginati kedai anda kerana kelainan anda. Kelainan yang boleh menjadi trademark anda dan membezakan anda dari kedai-kedai yang lain.
Kita ambil contoh kedai runcit tadi, jika anda baru menceburi bidang tersebut pastinya sukar untuk anda menonjol dalam perniagaan tambahan lagi jika terdapat banyak saingan dan ramai penjual menceburi bidang yang sama. Tapi jika ada satu kelainan yang membezakan kedai anda dengan kedai-kedai yang lain, pelanggan akan datang membeli dari anda. Mungkin anda boleh mencipta kelainan dengan mengadakan cabutan bertuah setiap bulan atau pun mungkin kedai anda menerima tempahan melalui telefon dari pembeli tanpa pembeli perlu datang ke kedai anda. Cipta apa saja kelainan yang dapat membezakan anda dari perniagaan yang lain dan dapat menonjolkan diri anda.
Mungkin kedai anda akan dikenali sebagai kedai cabutan bertuah atau “kedai tempahan secara telefon” yang menjadikan anda lain dari yang lain berbanding kedai biasa. Saya teringat masa saya bersekolah dahulu ada sebuah kedai runcit yang menjual barangan pada harga yang murah berbanding kedai-kedai yang lain. selalu saya dengar dari cakap-cakap orang katanya kalau nak beli barang pergi la kedai xx tu. Harga dia murah. Anda nampak kedai xx telah mencipta kelainan dan kelainan yang dibuat dengan menjual baranag dengan harga murah. Kedai xx juga terus dikenali dengan kedai harga murah dan mennjol berbanding kedai-kedai yang lain.
Jadi, cari apasaja kelainan yang boleh untuk anda membezakan perniagaan anda dari beribu perniagaan yang lain.
p.s / boleh guna kat apa jenis perniagaan pun. hehehe
