Posted by admin | Posted in my journal | Posted on 22-05-2009-05-2008
0
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!
Salam,
Free report. Apa kelebihannya?
Jika anda perhatikan, terdapat banyak ebook atau report percuma yang anda boleh perolehi secara percuma di internet khusunya berkenaan perniagaan internet. Mungkin anda terfikir, apa kelebihan report atau ebook percuma nie. Apa yang penulis dapat jika bagi free ebook atau report.
Sebenarnya, dan selalunya penulis-penulis atau usahawan-usahawan internet akan keluarkan free report untuk mendapatkan list nama bakal pelanggan. Pasti anda pernah memberikan nama dan email anda apabila anda ingin download report atau ebook percuma kan. Jadi, penulis-penulis yang mengeluarkan report atau ebook percuma ni dah pun mencapai salah satu tujuan mereka. Lagi satu kelebihan report atau ebook percuma ni, ianya akan sepanjang masa boleh di download oleh sesiapa saja. Maka senarai pelanggan juga semakin bertambah dari semasa ke semasa. Bagi usahawan internet, duit ada di celah-celah list nama. hehehe. Mudahnya, lagi banyak list, lagi tinggi kemungkinan untuk mereka membeli sesuatu produk yang anda promosikan. Read the rest of this entry »

Posted by admin | Posted in my journal | Posted on 18-05-2009-05-2008
0
salam semua.
Tengah blur sikit sekarang nih. hahaa. Tapi terasa nak jugak “merapu” kat sini. Sekarang ni ramai orang yang menceburi bidang perniagaan internet ni. Selalu jugak kita dengar dan baca statistik-statistik yang mengatakan lebih 90% dari ramai orang yang menceburi bidang ini akan gagal dalam beberapa tahun pertama mereka. Masti semua semua orang tak nak terjadi macam tu dan masing-masing nak buat duit secara online.
Mula-mula menceburi bidang ni, pasti ramai yang “terserempak” dengan iklan-iklan yang mengatakan duduk rumah goyang kaki, dan duit masuk ribu-riban kalau menceburi perniagaan internet atau apa-apa program buat duit online. Pada saya, jika anda pernah jumpa iklan-iklan macam tu, baik selidik dengan mendalam jika anda nak join. Read the rest of this entry »

Posted by admin | Posted in my journal | Posted on 11-05-2009-05-2008
0
salam
Terasa nak buat post yang “pendek” hari ni. hehe.
Soalan: Jika anda seorang penjual, anda sasarkan produk anda berdasarkan keperluan individu atau berdasarkan kumpulan sasaran?
Sebenarnya post saya ni mungkin dapat memberi idea baru kepada anda dalam memasarkan sesuatu produk. Pernah tak anda terbaca di mana-mana yang menyarankan bahawa anda boleh menghasilkan produk berdasarkan kumpulan sasaran? Contohnya produk anda dihasilkan berdasarkan kepada kumpulan guru-guru dan profesion. Sebelum ini saya ada terbaca berkenaan cara ini sehinggalah saya membaca sebuah buku sebelum ini. Bukan saya ingin mengatakan bahawa cara ini tidak bagus, cuma ingin membuka minda anda dan [saya sendiri] dan memberikan anda pilihan-pilihan yang ada.
Pendapat mengatakan bahawa jika anda menyasarkan kepada suatu kumpulan sasaran, maka adalah lebih mudah untuk anda memasarkan produk anda. Tetapi pernahkah anda memikirkan bahawa dengan cara ini juga anda telah secara tidak langsung menyempitkan ruang pasaran bagi produk anda. Pernah tak anda fikirkan yang produk anda mungkin juga boleh dipasarkan dan diperlukan oleh kumpulan-kumpulan yang lain. Read the rest of this entry »

Posted by admin | Posted in my journal | Posted on 07-05-2009-05-2008
0
salam.
Agak lama juga tak buat apa-apa post baru. Dah bersawang nampaknya blog ni.hehehe
Ok la. Hari ni nak bercerita sikit sebab atau alasan pembeli membeli. Sebab apa perlu kita atau sebab pembeli membeli? Pada saya, jika kita mengenali pembeli dan mengetahui sebab pembeli membeli sesuatu barang, maka mudah untuk kita menysun strategi pemasaran dalam memasarkan produk kita.
Pernah tak anda cuba mengkaji sebab pembeli membeli sesuatu barang? Contohnya, mengapa pembeli membeli motosikal yang berharga RM150,000.00 berbanding motosikal yang harganya hanya RM4,000.00 sedangkan keduanya mempunyai kegunaan yang sama. Apa kurangnya motosikal murah berbanding motosikal yang mahal.
Jika kita bertanya kepada pembeli, selalunya akan ada alasan kenapa mereka membeli barang yang mahal berbanding barangan yang murah. Mugkin anda pernah mendengar alasan seperti “barangan ni kualiti dia lagi tinggi”, “barang ni tahan lama” dan berbagai lagi alasan untuk menjustifikasi pembelian mereka. Selalunya alasan yang diberikan berdasarkan logik. Read the rest of this entry »
