Faktor mempengaruhi pembelian online #1
Penjual boleh dipercayai- Ini merupakan faktor penting kerana jika anda sebagai penjual tidak dipercayai, maka pembeli akan teragak-agak untuk membeli dari anda. Tambahan lagi terdapatnya banyak “scammers” yang menggunakan internet untuk menipu pembeli. Jadi, pembeli akan lebih berhati-hati dan hanya akan membeli dari anda jika mereka benar-benar yakin yang anda adalah penjual yang boleh dipercayai dan anda tidak akan menipu mereka.
Faktor mempengaruhi pembelian online #2
Diskaun, promosi atau mega sale-Setelah anda dipercayai oleh pembeli, beri diskaun atau offer bagi barangan yang anda jual. Biasa la. Sebagai pembeli pasti kita nak beli barang dengan harga semurah yang mungkin kan. Mungkin sebab tu jugak tiap-tiap tahun Malaysia buat jualan mega sale dan berduyun-duyun orang yang serbu. Sebenarnya diskaun atau pun tawaran harga yang murah menambahkan lagi keinginan pembeli untuk beli sesuatu barang. Kadang-kadang, dengan diskaun juga boleh buatkan orang yang tak nak beli barang pada mulanya, akan membeli sebab diskaun yang diberikan. Mungkin anda boleh buat jualan separuh harga bagi produk anda untuk menarik pembeli
Faktor mempengaruhi pembelian online #3
Mudah dan selesa-Satu lagi faktor yang mempengaruhi pembelian onlie adalah pembeli ingin mendapatkan sesuatu barangan dalam keadaan yang lebih selesa. Pembeli boleh hanya membuat belian dari rumah berbanding perlu bersesak-sesak di jalan untuk membeli belah di shopping complex. Faktor lain yang mungkin mempengaruhi pembelian adalah tiada istilah waktu operasi 9-5 dan sebagaianya. Pembeli boleh membuat belian walaupun pada jam 3.00 pagi.
Faktor mempengaruhi pembelian online #4
Mempunyai pelbagai pilihan.- Pembelian secara online membolehkan pembeli menilai danmemilih penjual yang dapat memberikan mereka harga yang murah. Sebabnya, mereka mudah untuk mendapatkan maklumat dari satu website ke satu website yang lain untuk mencari barangan yang sama dan membandingkan harga yang ditawarkan. Contohnya pembeli yang ingin membeli laptop boleh mendapatkan maklumat berkenaan harga jualan dan lain-lain dari 5-10 website dengan mudah. Jadi mereka mempunyai banyak pilihan dalam membantu mereka membuat keputusan.
Jadi, sebelum kita mempromosikan sesuatu barangan kepada pembeli dan inginkan mereke membeli, adalah penting dan membantu sekiranya kita tahu faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian secara online.
Sebabnya ianya akan memudahkan anda untuk menyusun strategi pemasaran produk anda.
Berabuk dan bersawang dah blog nih. Kena ngemas kejap la nih. hahaha. lama betul tak masuk blog nih. Time cuti sekolah ni biasa la banyak kenduri kendara. Tak sempat nak menulih kat blog.
ok la kali ni buat post sket.
Viral marketing!
Rasanya pasti ramai yang tau ape benda viral marketing nih. Dari apa yang saya faham la, viral marketing nih boleh diumpamakan sebagai orang yang “bawak mulut”. Teringat cerita anak mami cerita cepat je tersebar bila mami “bawak mulut” dan bercerita sana sini. Konsep viral marketing pun lebih kurang sama cuma yang berbeza mungkin cara applikasi. Contohnya jika ada IM yang keluarkan ebook dan diedarkan secara percuma. Sesiapa saja yang download ebook tu boleh forwardkan kepada member-member dan kitaran tu terus berlaku. Masing -masing akan bagi pada orang lain dan ebook pun tersebar dengan luas.
Tapi, kadang-kadang kurang berkesan juga walaupun benda tu diberi percuma jer. Mungkin ada yang akan maklumkan kawan-kawan, makcik-makcik pasal ebook anda yang diberikan secara percuma. Tapi kurang berkesan atau pun lambat sesangat prosuk tu disebarkan. Jadi apa faktor utama yang dapat menggalakkan orang-orang kampung ramai untuk menyebarkan produk anda kepada rakan-rakan, makcik-makcik dan sedara mara mereka.
Pada pendapat saya, faktor utama nak menggalakkan penyebaran produk percuma anda adalah DUIT. Jika anda perhatikan, makin ramai IM yang memberikan insentif kepada orang-orang yang sebarkan produk kepada orang lain. Contohnya, jika mereka sebarkan kepada seorang mereka akan dapat RM0.45. Jadi baru la bersemangat sikit orang-orang kampung nak tolong sebarkan. Dapat duit la katakan. Sapa yang tak nak. kalau anda sendiri pun pasti anda buat tak kisah sangat nak sebarkan ebook tu kalau tak de insentif kan.
Viral marketing memang satu cara yang berkesan untuk memperkenalkan anda dan produk atau khidmat anda di internet. Cuma mungkin ada setengahnya yang kurang berjaya mengaplikasikan viral marketing berbanding setengah yang lain.Pendapat saya, jika menggunakan DUIT, penyebaran produk anda adalah lebih luas dalam masa yang singkat berbanding mengambil masa yang lama jika anda tidak menyediakan apa-apa insentif.
Umpamakan viral marketing + DUIT seperti menaiki kereta ferrari, dapat melalui kawasan yang jauh dengan masa yang cepat (cepat tersebar + ramai orang)- 10000 dalam masa 1 bulan
Viral marketing ( x de duit) seperti menaiki motor kapcai. mungkin mengambil masa yang lama untuk mencapai sasaran (lambat tersebar)-10000 dalam masa 6 bulan
Hahaha. ape contoh aku bagi nih. hentam je la. Karam sing melaporkan…….
]]>Anda pernah dapat kupon diskaun tak? Sebenarnya saya rasakan kupon diskaun ni dapat memotivasikan pembeli untuk membeli sesuatu barang. Sebabnya, pembeli akan berasa rugi kalau tak gunakan kupon diskaun yang diterima tu. Sekarang ni, kalau anda perasan kfc sedang buat promosi dengan cara kupon diskaun ni. Anda akan terima kupon diskaun ni bila anda isi minyak.
Jadi bagaimana kupon diskaun yang diskaunnya hanya Rm3 dapat memotivasikan pembeli untuk singgah dan beli makanan di kfc sedangkan nilai diskaun tu ciput jer. Pada pandangan saya, kupon diskaun ni memotivasikan pembeli sebab berjaya buatkan pembeli rasa rugi jika tak gunakan kupon yang dapat secara percuma tue. Jadi dalam kes kupon kfc ni, pembeli akan rasa ruginya kalau tak gunakan. Tambah lagi kalau yang ada beribu-ribu lemon kupon diskaun tu lagi la terasa amat-amat rugi.
Kita amik contoh hidangan kfc harga rm24.00 dan kalau guna kupon dapat la harga promosi rm21.00. Selalunya pembeli akan fikirkan bagaimana nak jimatlan duit dalam belanja harian.Jadi bila pembeli bandingkan harga asal dengan harga diskaun, pembeli nampak yang dia dah save rm3.00. Ataupun untung RM3.00 berbanding harga biasa. Jadi sebagai pengguna secara tak langsung akan memotivasikan mereka untuk membeli sesuatu barangan. Amik contoh mudah, anda sendiri. Katakan anda dapat kupon diskaun untuk sesuatu barangan, saya rasa pasti anda juga tertarik untuk membeli barangan tu sebab adanya kupon diskaun.Tak gitu.
Pada saya la,kupon diskaun boleh membantu dalam memperkenalkan perniagaan dan menarik lebih ramai pengguna untuk membeli sesuatu barangan. Lagipun, rasional manusia lebih suka membeli bila barangan dijual harga yang lebih murah walaupun diskaunnya hanya rm3.00. Sebab tu mega sale yang diadakan setiap tahun tu mendapat sambutan yang menggalakkan. Bukti pembeli sukakan diskaun
Free report. Apa kelebihannya?
Jika anda perhatikan, terdapat banyak ebook atau report percuma yang anda boleh perolehi secara percuma di internet khusunya berkenaan perniagaan internet. Mungkin anda terfikir, apa kelebihan report atau ebook percuma nie. Apa yang penulis dapat jika bagi free ebook atau report.
Sebenarnya, dan selalunya penulis-penulis atau usahawan-usahawan internet akan keluarkan free report untuk mendapatkan list nama bakal pelanggan. Pasti anda pernah memberikan nama dan email anda apabila anda ingin download report atau ebook percuma kan. Jadi, penulis-penulis yang mengeluarkan report atau ebook percuma ni dah pun mencapai salah satu tujuan mereka. Lagi satu kelebihan report atau ebook percuma ni, ianya akan sepanjang masa boleh di download oleh sesiapa saja. Maka senarai pelanggan juga semakin bertambah dari semasa ke semasa. Bagi usahawan internet, duit ada di celah-celah list nama. hehehe. Mudahnya, lagi banyak list, lagi tinggi kemungkinan untuk mereka membeli sesuatu produk yang anda promosikan.
Seperti yang saya cakap tadi, report atau ebook percuma akan sentiasa ada dan boleh dimuat turun secara percuma dan diedarkan secara meluas. Apa yang bagusnya ialah anda akan menjadi glamer macam artis dikenali dalam bidang anda. Jika anda menulis report atau ebook percuma anda dapat membina kredibiliti sebagai seorang yang pakar dalam bidang anda. contohnya jika anda mengeluarkan ebook berkenaan adsense, maka anda mungkin akan dikenali sebagai pakar adsense. Apa saja pandangan atau pendapat anda berkenaan adsense akan lebih mudah diterima. Jadi pada masa ni, senang la nak mempromosi apa-apa produk pun. hehehe
Lagi satu kelebihan report atau ebook percuma adalah anda juga boleh menjana pendapatan. Caranya dengan masukkan beberapa link affiliate anda di dalam ebook anda. Bila ada yang membeli sesuatu produk dari link affiliate anda, anda akan dapat menjana pendapatan. Kerana ebook percuma sentiasa berada di internet dan boleh dimuat turun oleh sesiapa saja, maka kebarangkalian untuk lebih ramai orang memiliki ebook anda dan klik link affiliate anda adalah tinggi. Siapa tahu 2 tahun dari sekarang anda masih mendapat komisen dari ebook percuma anda.
Jadi, jika anda mempunyai satu maklumat yang anda rasakan amat berguna, anda boleh keluarkan report atau ebook percuma. Anda tidak akan rugi apa-apa. Sebaliknya anda akan mendapat 3 benda iaitu list prospek yang semakin banyak, kredibiliti yang semakin meningkat dan mungkin juga DUIT. ![]()
Jadi, keluarkan produk percuma anda sekarang.
Tengah blur sikit sekarang nih. hahaa. Tapi terasa nak jugak “merapu” kat sini. Sekarang ni ramai orang yang menceburi bidang perniagaan internet ni. Selalu jugak kita dengar dan baca statistik-statistik yang mengatakan lebih 90% dari ramai orang yang menceburi bidang ini akan gagal dalam beberapa tahun pertama mereka. Masti semua semua orang tak nak terjadi macam tu dan masing-masing nak buat duit secara online.
Mula-mula menceburi bidang ni, pasti ramai yang “terserempak” dengan iklan-iklan yang mengatakan duduk rumah goyang kaki, dan duit masuk ribu-riban kalau menceburi perniagaan internet atau apa-apa program buat duit online. Pada saya, jika anda pernah jumpa iklan-iklan macam tu, baik selidik dengan mendalam jika anda nak join. Takut anda tertipu dengan scammers yang banyak di dunia maya nih.
Sebenarnya, banyak dugaan dan cobaan [bak kata penekar bujang lapok]. Untuk mendapat ringgit yang pertama di dunia siber ni kadang-kadang teramat susah. Macam saya, baru berapa hinggit je dapat sejak cuba dan belajar tentang perniagaan internet ni. (kantoi) hehehe. Tak dinafikan memang ada yang mampu dapat riban-riban dalam masa yang sekejap. Tapi jika anda adalah seperti saya, jangan risau. Mungkin rezeki kita masih belum ada. huhuhu.
Mungkin di masa-masa akan datang kita akan lebih berjaya. Cumanya, jangan kita tak mencapai apa yang kita nak, kita terus berhenti mencuba.
apa aku melalut nih. ok la.jumpa next time
Terasa nak buat post yang “pendek” hari ni. hehe.
Soalan: Jika anda seorang penjual, anda sasarkan produk anda berdasarkan keperluan individu atau berdasarkan kumpulan sasaran?
Sebenarnya post saya ni mungkin dapat memberi idea baru kepada anda dalam memasarkan sesuatu produk. Pernah tak anda terbaca di mana-mana yang menyarankan bahawa anda boleh menghasilkan produk berdasarkan kumpulan sasaran? Contohnya produk anda dihasilkan berdasarkan kepada kumpulan guru-guru dan profesion. Sebelum ini saya ada terbaca berkenaan cara ini sehinggalah saya membaca sebuah buku sebelum ini. Bukan saya ingin mengatakan bahawa cara ini tidak bagus, cuma ingin membuka minda anda dan [saya sendiri] dan memberikan anda pilihan-pilihan yang ada.
Pendapat mengatakan bahawa jika anda menyasarkan kepada suatu kumpulan sasaran, maka adalah lebih mudah untuk anda memasarkan produk anda. Tetapi pernahkah anda memikirkan bahawa dengan cara ini juga anda telah secara tidak langsung menyempitkan ruang pasaran bagi produk anda. Pernah tak anda fikirkan yang produk anda mungkin juga boleh dipasarkan dan diperlukan oleh kumpulan-kumpulan yang lain.
Sebagai contoh, katakan anda memasarkan diari yang anda percaya sangat berguna untuk guru-guru. Anda hanya memfokuskan kepada guru semata-mata sedangkan mungkin produk anda boleh dipasarkan kepada golongan sasaran yang lain. Jika anda hanya memfokuskan pemasaran anda kepada golongan guru, anda telah secara tidak langsung mengurangkan bilangan prospek yang mungkin berminat dan memerlukan produk anda.
Dari perspektif yang lain, cuba anda sasarkan produk anda berdasarkan keperluan individu terlebih dahulu. Kemudian, mungkin anda boleh lebih fokuskan kepada kumpulan sasaran anda. Dengan cara ini, anda mempunyai pilihan dan ruang pemasaran yang lebih luas berbanding hanya satu kumpulan sasaran. Pada saya [pandangan je], cara ni bagus kerana anda menyasarkan dari kumpulan yang besar dangan jumlah prospek yang ramai seterusnya semakin mengkhusus kepada pelanggan yang lebih spesifik. Sekurangnya, ruang pemasaran anda tidak terlalu dikecilkan.
Perumpamaan saya, “umpama menjahit baju, kita boleh mengecilkan yang besar tetapi mustahil nak membesarkan yang kecil”
hahaha. Faham ke maksud saya? Maksud saya, jika produk tu khusus kepada satu kumpulan, mungkin kita tidak boleh meluaskan sasaran pasaran tetapi jika produk kita mengkhusus kepada keperluan, pasarannya amat luas kerana beberapa kumpulan yang berlainan mungkin mempunyai keperluan yang sama. Tetapi pada masa yang sama, anda boleh fokuskan lagi produk anda kepada satu kumpulan tertentu sahaja.
p.s-mungkin cara ni hanya sesuai untuk sebahagian produk tetapi tidak sesuai untuk produk yang lainnya.
harap post kali ni memberikan sedikit idea kepada anda dalam mencipta produk anda
]]>Agak lama juga tak buat apa-apa post baru. Dah bersawang nampaknya blog ni.hehehe
Ok la. Hari ni nak bercerita sikit sebab atau alasan pembeli membeli. Sebab apa perlu kita atau sebab pembeli membeli? Pada saya, jika kita mengenali pembeli dan mengetahui sebab pembeli membeli sesuatu barang, maka mudah untuk kita menysun strategi pemasaran dalam memasarkan produk kita.
Pernah tak anda cuba mengkaji sebab pembeli membeli sesuatu barang? Contohnya, mengapa pembeli membeli motosikal yang berharga RM150,000.00 berbanding motosikal yang harganya hanya RM4,000.00 sedangkan keduanya mempunyai kegunaan yang sama. Apa kurangnya motosikal murah berbanding motosikal yang mahal.
Jika kita bertanya kepada pembeli, selalunya akan ada alasan kenapa mereka membeli barang yang mahal berbanding barangan yang murah. Mugkin anda pernah mendengar alasan seperti “barangan ni kualiti dia lagi tinggi”, “barang ni tahan lama” dan berbagai lagi alasan untuk menjustifikasi pembelian mereka. Selalunya alasan yang diberikan berdasarkan logik.
Tetapi, apa yang ramai dari kita tidak ketahui adalah selalunya dan kebanyakan masanya pembeli membeli adalah berdasarkan emosi dan menggunakan alasan logik untuk justifikasi pembelian mereka. Kita ambil contoh beli motor tadi. Alasan yang diberikan selalunya berdasarkan logik dan rasional tetapi hakikatnya mereka membeli atas faktor emosi. Mungkin mereka membeli kerana dapat menunjukkan status, atau kehebatan mereka. Pasti orang sekeliling akan memandang jika “bawak motor besar” berbanding motor kapcai kan. Secara tak langsung, pemilik pon akan merasa bangga bila ada orang respek sebab ada motor besar. Betul tak
Jadi, jika anda adalah seorang marketer offline atau pun online, mungkin dengan mengetahui faktor dan alasan pembeli membeli, anda akan dapat menyusun strategi pemasaran yang sesuai untuk perniagaan anda.
]]>Pada yang telah menceburi dunia perniagaan internet, pasti tahu betapa pentingnya autoresponder dalam membina perniagaan masing-masing. Bergantung pada individu, ada yang menggunakan autoresponder berbayar dan ada juga yang menggunakan autoresponder percuma. Mungkin sebagai permulaan, autoresponder percuma boleh digunakan dalam mengumpul list.
Dalam dunia internet, dimana jualan dilakukan tanpa perlu menemui pembeli, maka adalah penting untuk membina kepercayaan pengguna. Jika anda menggunakan autoresponder dan mempunyai list bakal “pembeli” yang amat panjang, maka autoresponder boleh digunakan sebagai cara untuk membina kepercayaan pelanggan.
Bagaimana nak melakukannya? Anda boleh set kan autoresponder anda untuk menghantar emel kepada subscriber list anda. Anda boleh menghantar maklumat terkini atau mungkin hanya sekadar bertanya perkembangan terkini mereka. Walaupun anda tidak mendapat balasan dari mereka, teruskan menghantar emel kepada mereka. Secara psikologi apabila anda menghantar emel kepada mereka, membuatkan mereka berasa diri mereka dihargai dan anda ingin membantu mereka.
Jika mereka membalas emel anda, ianya adalah lebih bagus kerana anda dapat mewujudkan hubungan dua hala dengan subscriber anda. Anda akan lebih mudah membina kepercayaan mereka jika adanya hubungan dua hala ini.Selain itu, dengan menghantar emel kepada subscriber anda juga akan membuatkan mereka mengenali anda dan mula untuk menerima anda dan anda tidak lagi dianggap sebagai orang asing. Apabila anda mula diterima oleh subscriber anda, maka adalah mudah untuk anda mempromosikan produk kepada mereka.
Pada pendapat saya, pada permulaan selepas seseorang subcribe laman web anda, janganlah terus mempromosikan sesuatu barang sama ada affiliate ata apa saja produk. Sebabnya, ditakuti pengguna akan beranggapan yang anda semata-mata ingin menjual kepada mereka tanpa anda cuba memahami mereka.
Kebanyakan buku-buku tentang pemasaran ada menyatakan bahawa anda perlu menghantar emel melalui autoresponder anda beberapa kali sebelum pelanggan akan membeli dari anda. Jadi selalu-selalulah menghantar emel kepada subscriber anda dan gunakan kelebihan autoresponder dengan sebaiknya.
berjumpa lagi di post akan datang. hehehe
]]>Hari ini rasa cam nak tulis sesuatu yang memotivasikan sikit. hehehe. Ok la. Pada sesiapa yang menceburi perniagaan internet atau ingin menjadi internet marketer, pastinya berharap akan mendapat pulangan dengan cepat. Betul tak?
Dan selalu juga terjadi kita akan selalu beralih arah ke bidang-bidang lain yang memungkinkan kita mudah mendapatkan sedikit duit. Anda pernah mengalaminya? Saya pernah dan kadang-kadang masih lagi memahaminya. Bila kita dengar adsense boleh menjana pendapatan, kita mula melakukan adsense. Belum pun habis meneroka adsense, kita melompat pula pada affiliate dan juga program-program lain. Akhirnya, tidak satu pun program yang betul-betul berhasil untuk kita. Sebenarnya tidak salah jika anda cuba banyak program jika anda mampu melakukannya. Jika tidak mampu, mungkin lebih baik jika tumpukan dulu pada satu bidang sebelum beralih kepada bidang yang lain.
Tetapi pada saya, sekarang ni saya cuba untuk back to basic. Biar lah lambat dari orang lain pun. Saya nak cuba nak melakukan satu benda pada satu masa daripada cuba nak buat banyak benda tapi satu pun x menjadi. Sekarang ni, memang fokus hilang dan terasa nak buat semua benda. Tu yang terasa nak muhasabah diri tuh. hahaha. Lebih baik buat satu-satu kerja dahulu. Tapi kalau tak jadi jugak tue, masalah teknikal la tue. hahahah
sebenarnya post kali ni saya tulis kerana rasa agak ‘down’ sikit sekarang nih. Terasa hilang fokus dan arah tujuan lak. chewah. Mungkin bleh bagi sikit motivasi dan semangat nak meneruskan pembelajaran dalam IM nih
]]>dah lama tak berjalan ke pasar malam. Tadi saya sempat “melawat” pasar malam berhampiran rumah saya. Tiba-tiba saya rasa tertarik dengan cara pemasaran di pasar malam yang saya rasa boleh diaplikasikan dalam mana-mana pasaran pun sama ada online atau offline. Teknik ni selalu di applikasikan dan saya rasa ianya mudah dan dapat memotivasikan penggunan untuk membeli lebih barang.
Jika anda perhatikan dan “perasan”, peniaga-peniaga di pasar malam akan memberikan harga yang semakin murah jika anda membeli dalam kuantiti yang banyak. Secara psikologinya, pelanggan akan tergerak untuk membeli dengan kuantiti lebih banyak jika mereka mendapati harganya lebih murah. Mereka juga berasa adalah lebih menguntungkan mereka jika mereka membeli sesuatu barangan dengan kuantiti yang banyak berbanding membelinya secara berasingan.
Bagaimana kita nak mengaplikasikan teknik pemasaran pasar malam ni dalam perniagaan online.?
Jika anda mempunyai pelbagai jenis produk, anda boleh menawarkan separuh harga jika pengguna ingin membeli produk anda yang lain. Sebaiknya, produk seterusnya yang anda tawarkan kepada pengguna haruslah berkaitan dengan produk yang anda mula-mula jual. Atau jika anda ingin menggunakan faktor psikologi, anda boleh senaraikan produk anda secara individu dengan harga bagi setiap produk. Dengan cara ini pengguna dapat membandingkan harga jika mereka membeli produk secara berasingan dan jika membeli secara pakej. Kemudian letakkan tawaran jika pengguna membeli beberapa produk anda sekaligus atau secara pakej, mereka hanya perlu membayar harga yang lebih murah dan lebih rendah berbanding jika mereka membeli setiap barang secara berasingan.
Dengan cara ini, saya rasa pengguna akan lebih berminat untuk membeli lebih dari satu produk kerana pengguna merasakan mereka akan rugi jika membeli hanya satu produk sahaja. Sebaliknya, jika membeli secara pakej, mereka dapat menjimatkan separuh atau lebih dari harga asal barang tersebut.
p.s- pendapat saya, secara psikologi, kita akan membeli jika kita mendapati harga sesuatu produk adalah lebih murah dari biasa. atau pun, ianya akan membuatkan pengguna terfikir beberapa kali kerugian yang mungkin mereka alami jika tidak membeli.
]]>